Kesihatan

Kanser Payudara: Apa Perlu Anda Tahu?

Tahukah anda bahawa kanser payudara adalah kanser utama yang menyerang kaum wanita di Malaysia? Sekiranya ia tidak dikesan dan dirawat segera, sel kanser boleh merebak ke bahagian tubuh yang lain dan menyebabkan keadaan tubuh pesakit akan menjadi lebih teruk.

Atas sebab ini, adalah sangat penting untuk memberi kesedaran kepada kaum wanita akan kepentingan melakukan pemeriksaan payudara secara berkala. Anda perlu sentiasa peka dengan perubahan yang berlaku pada payudara dengan melakukan pemeriksaan sendiri di rumah. Jika merasakan sebarang keadaan yang kurang menyenangkan, boleh terus rujuk kepada pakar.

Bersempena dengan Bulan Kanser Payudara Oktober ini, Dermova mengambil inisiatif dengan membawakan Kempen Pink Ribbon bagi memberi kesedaran akan bahaya kanser payudara kepada orang ramai. Selain itu, Dermova juga mengeluarkan beberapa pilihan combo produk, di mana anda boleh membelinya sambil menderma. RM1 daripada setiap pembelian combo akan didermakan kepada Breast Cancer Foundation. Apa yang lebih menarik, dengan setiap pembelian itu juga anda akan dapat Dermova Tote Bag yang eksklusif secara percuma!

Kempen ini dijalankan dengan harapan kita dapat sama-sama membantu usaha Breast Cancer Foundation dalam memberi sokongan kepada pesakit kanser payudara di Malaysia. Selain sumbangan menerusi pembelian combo, anda juga boleh menderma amaun tertentu kepada Breast Cancer Foundation melalui laman web Dermova.

Ayuh derma kepada Breast Cancer Foundation sekarang di bawah:

Back to list

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *